"Kau tengok tu", katanya, sambil menudingkan jarinya. "Apa?" aku bertanya sambil mengarahkan pandanganku kearah kawasan pembinaan yang terletak tidak berapa jauh dari kawasan rumah. "Itulah, buruh-buruh indon tu, dah malam macam ni pun masih kerja kuat", hujahnya kepada aku. Aku garu-garu kepala yang tiba-tiba pulak gatal.Betul kata dia. Indon-indon itu masih tekun bekerja. Gelap, mereka cuma bersinarkan cahaya lampu kabait, yang meliuk-liuk ditiup angin. Tabah, kataku dalam hati. Dan, dia masih lagi menumpukan pandangannya ke arah itu.
"Mereka pendatang", aku cuba memecah kesunyian.
"Kalau kita juga pendatang dibumi ini, seperti mereka, aku rasa kita jugak akan seperti itu . Kerja siang dan malam. Ini soal hidup dan mati dibumi asing. Ini soal survival mereka. Mereka terpaksa. Dan kita..", aku berhenti berkata. Dia menoleh kearahku. Cuba mentafsir apa yang aku cuba sampaikan. Aku diam. Begitu jugak dia.
"Mereka seperti kita jugak", kataku sambil mengusap-usap telinga gelas. Air milo yang tadi panas dah hampir sejuk.
Dia masih diam.
"Seperti kita, mereka tak ada banyak pilihan. Dan itulah pilihan yang terbaik untuk mereka, buat masa ini, sekurang-kurangnya, mereka ada sesuatu yang nak dibikin untuk menghilangkan kerinduan mereka pada kampung halaman. Atau kerinduan mereka kepada saat-saat indah dalam kehidupan mereka sebelum mereka sampai disini." tambahku.
"Kau masih ingat apa kata-kata Dufresne kan? Semasa dia duduk sendirian dalam bilik kecil tu?" tanyaku. Dia diam, dan lantas mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Tangannya mengusap-ngusap badan gitar usangnya itu. "Ya, aku ingat tu", jawabnya.
"Manusia akan membuat apa saja untuk tidak membiarkan kotak mindanya terbiar kosong", sambungnya sambil tersengih. "Malam-malam macam ni pun sempat jugak kau nak berfalsafah dengan aku yer.." sambungnya lagi.
"Malam la masa nak berfalsafah beb", balasku sambil mencebik.
Malam makin menjangkau. Indon-indon tu masih lagi taksub dengan kerja-kerja mereka, Malah satu-dua dari mereka masih mampu untuk bergurau. Dan aku masih di beranda itu. Melihat telatah malam dan mereka. Dan dia.

0 comments:
Post a Comment