10 bulan lalu, dia diambil pergi. Bukan kerna kemahuan. Bukan atas kerelaan. Tapi kerna terpaksa. Jika diberi pilihan, pastinya dia mahu terus tinggal disitu. Di daerah kelahirannya. Di daerah dimana dia menghabiskan warna-warni keremajaannya. Daerah di mana dia belajar mengagah dan mencorak warna awal hidupnya. Di situ dia mengecap nikmat hidup. Hujan, panas, terang perit dah jerih, walau sesukar mana, dia tetap gembira. Baginya di situ ada jiwa. Dan jiwa itu adalah segalanya.Dan, hampir 10 bulan juga dia telah berada disini. Dunia baru. Satu daerah yang asing, tandus dan statik. Di sini segalanya kaku. Dan disini, dunia ini seolah-olah menidakkan kewujudannya. Ah, dunia apa ini? Si penjaga yang membawanya ke sini juga seolah telah sesat dalam dunia statik ini. Dalam dunia ciptaannya sendiri.
Dan selama 10 bulan itu jugalah dia cuba untuk meyakinkan diri untuk mencorak warna hidup di daerah baru. Namun hampa. Semakin hari, keyakinannya semakin terhakis. Tertekan. Hidupnya sepi. Melur tiada disisinya. Begitu juga Lili. Dua teman rapatnya. Dulu, ketika mereka bersama, di daerah itu, perkataan sunyi tidak pernah wujud dalam hidup mereka. Sentiasa mereka bersama, mendongak mentari dan menadah hujan. Itulah catatan diari harian mereka. Semuanya dilakukan bersama. Jemu? Ah, jauh sekali. Namun, Tuhan tidak memberinya kudrat untuk menolak takdir. Bukankah takdir itu datang dari-Nya? Dan takdirlah yang telah memanggilnya ke sini. Tuhan juga tidak memberinya kudrat untuk kembali menagih hidup ke daerah tinggalannya.
Dua hari lalu sakit telah datang menjemputnya. Noktah.
Hari ini, dia menghitung detik2 waktu pengakhir kisahnya. Tidak pernah terfikir di benaknya yang hidupnya sebegini singkat. Dan sesepi ini. Hina sangatkah dia? Menghitung detik akhir berseorangan. Bila?
Matinya disini.
".. manapun aku berlabuh.. pastinya untuk disambut, biarpun tak bersungguh.. biarlah tak tertangguh ditelapak kaki mu.. ... sakit....."
~ ehehe ~

2 comments:
wow.. abstract.. u really shud write ehehe ;)
Ahakss!! It's all about my bunga that I bought kat Ikea, now dead.. ihihih
Post a Comment